Pengoperasian NADI Tanjung Piai di Lokasi Baru
16 Ogos 2026 | Aktiviti TerkiniPengoperasian NADI Tanjung Piai di lokasi yang baru telah bermula pada awal Ogos 2026. Setelah hampir 2 tahun menjalani proses pengubahsuaian dan penempatan semula, NADI Tanjung Piai akhirnya mendapat lokasi yang kini lebih strategik iaitu di Kompleks Penghulu Mukim Serkat. Pusat NADI yang selama ini menjadi tumpuan masyarakat baik dari segi kemahiran ICT, perkhidmatan kerajaan sehingga ke pembelajaran secara dalam talian kini lebih mudah dikunjungi oleh pengguna.
NADI Tanjung Piai tetap menawarkan perkhidmatan seperti biasa termasuk percetakan, fotostat sehingga bantuan secara dalam dan luar talian akan tetapi ditambah baik dengan Perkhidmatan Pintar seiring dengan keperluan teknologi semasa. NADI Tanjung Piai juga kekal beroperasi seperti biasa dan dibuka bermula jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang serta tutup pada cuti umum sahaja.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: